Anda Teringin Jadi Pilot? Kecapi Impian Anda Di Simflight KL!

January 07, 2022 - 05:49 PM


Rasanya ramai ada impian nak jadi pilot kan? Ini peluang anda untuk merasai sendiri bagaimana rasanya untuk terbang!

Anda boleh cuba dan belajar cara seorang juruterbang menerbangkan pesawat!

Simflightkl Malaysia menawarkan pelbagai simulator. Mereka adalah pakar Level 3 (FTD) Airbus S320 dan Boeing B737NG simulator khas untuk juruterbang dan peminat penerbangan.

Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan mengikut citarasa anda, jika anda ingin rasai sendiri bagaimana untuk mendaratkan pesawat, anda boleh ambil pakej FInal Approach Experience. Selain itu anda boleh terbang selama sejam!

Yang lagi menarik, ketika ini ada satu promosi walk-in yang bermula serendah RM 59! Tunggu apa lagi, sekarang adalah waktu yang paling sempurna untuk anda rasai sendiri bagaimana mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dalam kelajuan 150 knot.

Selain dari simulator yang pelbagai, Simflightkl turut menawarkan pelbagai kursus antaranya Persediaan Kadet Juruterbang, Pemeriksaan Simulator, Penerbangan Asas dan pelbagai lagi. 

Lokasi: M11, Subang Skypark Terminal 3, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari website

Destination: