Astaka Tanjung Bungah : Kompleks Makanan Awam Mesra Alam Pertama Di Malaysia

November 29, 2021 - 02:00 PM


Jika anda bercuti ke Pulau Pinang nanti, jangan lupa singgah menjamu selera di kompleks makanan awam mesra alam pertama di Malaysia -- iaitu Astaka Tanjung Bungah di Georgetown.

Kompleks makanan yang menepati garis panduan Indeks Bangunan Hijau (GBI) negara itu bakal berwajah baharu selepas ia musnah akibat tragedi kebakaran tahun lepas dan akan dibina semula mulai 1 Disember ini.

Proses pembinaan dijangka mengambil masa enam bulan dan menelan belanja RM3.5 juta.

Bukan sahaja bakal dibina dengan reka bentuk yang menarik, astaka juga akan dibina sebagai bangunan hijau, pelbagai fungsi dan mesra orang kurang upaya (OKU) berbanding bangunan lama.

Lebih menarik, reka bentuk baharu kompleks itu juga akan membolehkan orang ramai menikmati pemandangan laut yang indah.

Astaka Tanjung Bungah yang baharu akan menawarkan hidangan daripada 40 gerai, berbanding 33 gerai pada astaka asal.

P/S: Jadi kalau anda datang melancong ke Pulau Mutiara nanti, boleh masukkan Astaka Tanjung Bungah dalam senarai tempat makan wajib singgah. Sambil makan sambil enjoy view laut! Syok!

Sumber: Bernama

Destination: