Asyik Stay Dekat Hotel Je, Jom Rasa Pengalaman Bermalam Di Rumah Rakit Pantai Remis!
Siapa dekat sini kaki pancing dan ingin menghabiskan masa percutian korang dengan menginap di dalam rumah rakit di kuala sungai?
Bunyinya macam syok je kan sambil bercuti sambil memancing ikan. Hehehe...
Kalau korang berminat untuk percutian yang sebegini, korang patut berkunjung ke Pantai Remis, Selangor kerana di sana terdapat tarikan agropelancongan baharu iaitu 'rumah rakit' yang dibangunkan di atas tapak penternakan kerang.
Rumah rakit itu yang terletak di Kuala Sungai Jarum Mas berhampiran Bagan Panchor akan dilengkapi 2 unit rumah serta mempunyai bilik penginapan, dapur, ruang solat dan tempat memancing.
Ia boleh memuatkan seramai 16 orang dan perjalanan menaiki bot mengambil masa sekitar 30 hingga 40 minit dari Jeti Kampung Panchor, Pantai Remis.
Korang tak perlu risau tentang elektrik dan air kerana bekalan elektrik disediakan menggunakan generator dan bekalan air bersih dibawa dari luar untuk kegunaan pengunjung.
Rumah rakit itu mula dibina Persatuan Nelayan Negeri Perak (Penggerak) pada 18 Jan 2018 menggunakan geran Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dengan kos RM200,000 dan telah siap sepenuhnya pada Februari tahun lalu.
Bestnya, lokasi rumah rakit itu sangat strategik untuk pemancing tegar serta keluarga yang mahu beristirahat berlatarkan suasana laut yang aman dan tenang.
Untuk sebarang info lanjut atau pakej yang ditawarkan bagi percutian di rumah rakit tersebut, korang boleh tengok di Facebook Penggerak ini.
Sumber: Bernama