Balat Neighbourhood — Hidden Gem Berhampiran Bandar Istanbul

May 03, 2021 - 04:52 PM


Siapa je yang tak kenal dengan Turki yang menjadi antara destinasi pelancongan yang paling digemari, terutama sekali bagi pelancong Muslim kerana negaranya yang terkenal dengan pelancongan halal, selamat, dan indah. 

Bila sebut sahaja Turki, mesti terfikirkan Istanbul, antara bandar yang dipenuhi dengan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati seperti Aya Sofya, Basilica Cistern, Blue Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar, dan Topkapi Palace.

Tapi korang tahu tak berdekatan dengan Bandar Istanbul, terdapat sebuah hidden gem yang terletak hanya 30 minit perjalanan. Hidden gem yang dimaksudkan ialah Balat Neighborhood' yang terletak di dalam kawasan Fatih.

Balat merupakan sebuah daerah lama yang berusia sekitar 200 tahun dan diiktiraf sebagai kawasan warisan budaya pada tahun 1995 oleh UNESCO. Kawasan kejiranan lama ini telah diberikan pengubahsuaian yang menjadikannya sebuah tarikan hipster di mana bangunan-bangunan dicat dengan warna-warna yang cerah dan ceria, cantik gila untuk ambil gambar!

Lebih menarik lagi, Balat adalah sebuah kejiranan bercampur penduduknya, dari segi budaya, bangsa, dan agama— Jewish, Christian dan Muslim, jadi korang akan nampak banyak jenis synagogues, gereja, dan masjid yang terletak berdekatan antara satu sama lain. 

Apabila korang melalui jalan-jalan kecil di Balat, mata korang akan disegarkan dengan bangunan rumah-rumah lama yang diperbuat daripada kayu yang kini telah dijadikn kafe-kafe yang menarik, dan tempat-tempat yang instagrammable. 

Kalau korang nak ke Balat, mudah je hanya perlu menggunakan bas, atau feri. Dari area Sultanahmet, atau mana-mana lokasi di sekitar istanbul, korang boleh menaiki tram ke Emienonu kemudian pergi ke kawasan stesyen bas, dan ambil bas bernombor 99 untuk ke Balat,Fatih.

Kalau yang menaiki feri, tempat perhentian ferry untuk ke Balat adalah di Fener dan anda hanya perlu ke seberang jalan sahaja untuk ke lokasi yang dinyatakan.

Sumber: Facebook KEKMA

Destination: