Bandar Diraja Kuala Kangsar Bakal Jadi Tapak Warisan Dunia

November 12, 2021 - 03:53 PM


Seperti yang kita tahu, Kuala Kangsar sememangnya diberi jolokan Bandar Diraja Kuala Kangsar memandangkan di situ terletaknya Istana Bukit Chandan.

Malah Kuala Kangsar yang turut mempunyai beberapa tarikan lain seperti Masjid Diraja Ubudiah, Galeri Sultan Azlan Shah dan Istana Kenangan juga sering menjadi tumpuan untuk pelancong tempatan dan luar negara bercuti.

Oleh itu, Bandar Diraja Kuala Kangsar bakal diangkat sebagai salah satu Warisan Kebangsaan.

Istana Bukit Chandan

Menurut Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi -- selepas mendapat penarafan itu, bandar Kuala Kangsar juga akan turut dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Santifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Masjid Diraja Ubudiah

"Kita (kerajaan negeri) ada buat perbincangan dengan Jabatan Warisan Negara untuk diangkat (bandar Kuala Kangsar) sebagai warisan kebangsaan terlebih dahulu.

"Selepas itu kita akan lihat kepada penarafan UNESCO, setelah warisan kebangsaan diselesaikan. Kita harap ianya dapat direalisasikan dalam masa yang akan datang," katanya.

Pembuatan Labu Sayong Kuala Kangsar

Usaha mengiktiraf Bandar Diraja Kuala Kangsar itu bertujuan memartabatkan lagi Kuala Kangsar sebagai Tapak Warisan Bernilai Tinggi.

Hasrat itu merupakan salah satu daripada projek pemacu yang akan dibentangkan dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2035 (penggantian).

Sumber: Astro Awani

Destination: