Banwol Island - Pulau 'Purple' Di Korea Menjadi Tarikan Pelancong
Rasanya macam dah berpuluh tahun kita tak boleh pergi melancong ke luar negara kan? Antara negara luar yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia adalah Jepun dan Korea. Kedua-dua negara tersebut mempunyai budaya dan tarikan yang tersendiri dan sejarah serta makanan mereka pun sangat menarik dan sedap. Baru-baru ini terdapat satu lagi tarikan baru di negara Korea iaitu Purple Island / Banwol Island.
Ia juga dikenali sebagai Pulau Separa Bulan / Half-Moon Island. Ianya terletak di Sinan-gun di daerah South Jeolla, pulau ini memang sangat cantik dan menarik. Ini kerana hampir keseluruhan pulau tersebut dihiasi dengan warna ungu. Malah bunga-bunga, atap rumah, dan jalan raya diwarnakan dengan warna ungu untuk menarik pelancong luar ke sini.
Terdapat 40,000 bunga lavender di pulau ini dan beberapa pokok yang berdaun ungu meningkatkan lagi astetik lokasi ini. Pelancong boleh menyewa basikal sebanyak KRW5000 untuk setiap seorang dan KRW50,000 untuk penginapan satu malam di homestay di pulau tersebut. Untuk masuk ke Banwol Island ni, korang perlu membayar KRW3000 (dewasa), KRW2000 (remaja), dan KRW1000 (kanak-kanak).
Jadi memang tak sabar nak menunggu sehingga seluruh dunia pulih dari wabak COVID-19 yang melanda kita sekarang ni. Sektor pelancongan di negara kita juga akan kembali pulih sebaik sahaja kita boleh menerima pelancong luar. Jadi apa pendapat korang mengenai Banwol Island ni? Sangat cantik kan astetik dia?