Bazar Ramadan Liga Muslim Buka Semula, Ubati Rindu Orang Pulau Pinang

April 14, 2021 - 02:57 PM


 

Orang Pulau Pinang yang merindui Bazar Ramadan Liga Muslim yang terkenal dengan panggilan Bazar Nasi Beriani yang terletak di Lebuh Queen, korang dah boleh ubati rindu korang sebab bazar tersebut kini kembali buka untuk memeriahkan suasana Ramadhan tahun ini. 

Penganjuran bazar Ramadan Liga Muslim kali ke-17 tahun itu pastinya memberi sinar dan semangat untuk 25 peniaga bazar yang tidak dapat berniaga akibat pendemik COVID-19 tahun lepas. Sedikit berbeza tahun ini, peniaga perlu membiasakan diri dengan norma baharu di mana makanan perlu dibungkus terus untuk dijual kepada pembeli.

Penganjuran bazar Ramadhan kali ini dapat memberikan seribu kemanisan buat peniaga yang sebelum ini hilang punca pendapatan sejak PKP dilaksanakan, dan pengunjung pula dapat mengubat kerinduan untuk membeli juadah di bazar.

Tahun ini, hanya 25 gerai dibenarkan beroperasi berbanding 35 gerai sebelum ini di Bazar Ramadan Liga Muslim. Selain nasi beriani, santapan lain yang terdapat di bazar kali ini termasuk nasi ayam, pasembur, manisan, air herba serta pelbagai makanan tradisi masyarakat India Muslim.

Destination: