Bercuti Ke Melaka Lebih Mudah Dengan Aplikasi 'Melaka eXcess'!

January 15, 2020 - 10:25 AM


Kalau sebelum ini, Langkawi memanfaatkan kelebihan teknologi dengan membina aplikasi 'My Smart City' untuk pelancongnya --- kali ini Melaka juga mengikut langkah sama apabila melancarkan satu aplikasi pelancongan rasmi negeri iaitu ‘Melaka eXcess'!

Aplikasi tersebut akan menyediakan maklumat lengkap berhubung destinasi pelancongan, tempat makan dan minum menarik, kedai cenderahati, promosi dan diskaun yang ditawarkan bagi menarik kedatangan pelancong serta memudahkan akses mereka sepanjang berada di Bandaraya Bersejarah itu.

Kredit Foto: Bernama

Menariknya, Melaka eXcess yang boleh digunakan bermula Mac ini turut mempunyai fungsi pelbagai guna seperti e-dompet, sistem navigasi serta ulasan pengguna berkaitan industri pelancongan Melaka.

Aplikasi Melaka eXcess dibangunkan seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan pemilihan Melaka sebagai satu daripada negeri yang terpilih bagi menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM 2020).

Sebanyak 185 acara pelancongan akan dianjurkan di Melaka sempena VM 2020 dan 15 daripadanya adalah acara pelancongan utama.

P/S: Jadi korang lepas ni kalau buat 'Weekend Getaway' ke Melaka tapi tak tahu nak jenjalan atau makan sedap kat mana, muat turun je aplikasi 'Melaka eXcess'. Settled!

Sumber: Bernama

 

Destination: