Bercuti Melaka Tak Tahu Nak Buat Apa? Jom 'Terbang' Kat Ayer Keroh!

February 22, 2022 - 05:35 PM


Bagi yang datang bercuti ke Melaka terutama di Ayer Keroh, ada aktiviti air menarik yang terbaharu bakal menguji adrenalin anda!

Bertempat di Tasik Ayer Keroh, bermula bulan Mac depan, pengunjung bakal merasai suatu pengalaman unik iaitu 'FlyBoard' -- sebuah aktiviti sukan air seakan menaiki roket serta terawang di udara bagaikan adegan dalam sebuah filem.

Meskipun ia antara aktiviti sukan air yang lasak namun FlyBoard ini mempunyai ciri keselamatan seperti jaket keselamatan, topi keledar dan ia dikawal oleh seorang kakitangan yang berada di atas bot lain.

Sebelum pengunjung ingin menaikinya, satu taklimat keselamatan akan diberikan bagi memastikan mereka mematuhinya. Memandangkan ia dijalankan di tengah-tengah tasik.

Buat permulaan sebanyak 3 tiga buah FlyBoard bakal disediakan untuk para pengunjung ke Tasik Ayer Keroh.

Kadar caj yang akan dikenakan kepada pengunjung, perkara tersebut masih belum diputuskan lagi.

Produk pelancongan terbaharu itu diyakini bakal menjadi ‘pisang goreng panas’ berdasarkan penerimaan masyarakat daripada ujian yang telah dijalankan baru-baru ini.

Sumber: UTUSAN

Destination: