Bergambar Dengan Jerami Ala Texas, Tak Perlu Pergi Jauh Hanya Di Yan!

February 10, 2022 - 04:25 PM


Sebuah keluarga di Ulu Sedaka di sini bergabung idea dan kreativiti untuk mencipta 13 replika daripada jerami sempena Pesta Jerami Gulung Castle@Wateb di sini.

Sumber dan Kredit Gambar: Hazwan Hafiz (Twitter)

Pengusaha Warung Tepi Bendang (Wateb), Fathul Amin Mat Desa, 26, berkata, dia bersama ahli keluarga yang lain mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan kesemua replika berkenaan.

Katanya, semua idea yang diketengahkan akan direalisasikan oleh abangnya Mohd Saiful, 33, yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan.

"Kami juga cuba meminimumkan kos selagi boleh dengan menggunakan barang -barang terpakai untuk mencipta kesemua replika ini.

"Contohnya kami ubahsuai meja terpakai untuk dijadikan port bergambar, kalau sekilas pandang tak perasan pun yang itu asalnya sebuah meja," katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

"Contohnya kami ubahsuai meja terpakai untuk dijadikan port bergambar, kalau sekilas pandang tak perasan pun yang itu asalnya sebuah meja," katanya ketika ditemui di sini pada Khamis. Menarik ni! Memang ngam la untuk korang yang kaki instagram tu! Masuk percuma, cuma perlu bayar parking je guys!
 

Destination: