Bukan Biasa-biasa, Stadium JDT Kalahkan 19 Stadium Di Dunia!

March 12, 2021 - 04:19 PM


Bukan calang-calang, Stadium Sultan Johor ataupun yang korang panggil Stadium JDT yang bernilai RM200 juta itu telah mendapat pengiktirafan global dan mengalahkan 19 stadium lain di selruruh dunia. Stadium JDT kini bergelar Stadium Of The Year 2020 selepas memenangi undian yang dihos oleh laman web dari Poland, StadiumDB.com.

Cara dorang mengundi adalah setiap pengundi berhak mengundi top 5 stadium pilihan mereka dan Stadium Sultan Ibrahim berjaya mendapat 64,260 mata. Pungutan mata tersebut jauh meninggalkan Stadium Allegiant di Las Vegas (23,390 mata) dan Stadium Ahmad Bin Ali di Qatar (22,341 mata).

Menurut laman web StadiumDB.com, daripada 21,821 undian untuk Stadium Sultan Ibrahim, lebih separuh sokongan dari Asia Tenggara khususnya Malaysia termasuk negara jiran.

Pada 22 Feb tahun lepas, JDT secara rasmi berpindah ke ‘gelanggang baharu’ mereka di Stadium Sultan Ibrahim yang merupakan stadium pertama dibina tanpa trek larian di Malaysia. 

Terletak di kawasan seluas 11.3 hektar, Stadium Sultan Ibrahim adalah satu-satunya stadium bola sepak di negara ini yang menggunakan rumput asli Zeon Zoysia,  dan menggunakan sistem pengairan yang mampu mengelak daripada air bertakung di atas padang.

Stadium tersebut mampu menampung lebih 35,000 penonton, dan dilengkapi dengan lampu sorot LED yang moden serta lampu bangunan pelbagai ritma dan warna.

Sumber: FMT