Bukan Manusia Je, Di Jepun Patung Gergasi Pun Kena Pakai Pelitup Muka!

TARIKAN
June 18, 2021 - 05:19 PM


Selain menyekat pergerakan, menutup pintu sempadan negara, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan memberikan suntikan vaksin bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang seakan belum nampak kisah pengakhirannya -- ini ada satu lagi usaha kreatif yang dilakukan oleh 'Negara Matahari Terbit'.

Di Jepun yang majoriti rakyatnya beragama Buddha telah dilihat menyarungkan pelitup muka yang ditempah khas kepada sebuah patung dewi Budhha raksasa yang ada di wilayah Fukushima.

Tindakan memakaikan pelitup muka tersebut dianggap sebagai satu ibadat kepada penduduk Jepun agar pandemik Covid-19 segera berakhir tidak lama lagi.

Bagi merealisasikan hasrat itu, seramai 4 pekerja terpaksa memanjat patung dewi Buddha Kannon setinggi 57 meter di kuil Houkokuji Aizu Betsuin.

Mereka kemudian menyarungkan pelitup muka yang diperbuat daripada fabrik jaring merah jambu dengan ukuran lebar 4.1 meter dan panjang 5.3 meter serta berat 35 kilogram pada patung yang didirikan 33 tahun lalu itu.

Proses tersebut telah mengambil masa selama 3 jam.

Menurut pengurus kuil itu, Takaomi Horigane idea untuk memakaikan pelitup muka kepada patung berkenaan adalah hasil daripada para pekerja sewaktu mereka mengadakan perbincangan tentang kerja-kerja baik pulih selepas patung berkenaan musnah angkara gempa bumi Februari lalu.

Menurut beliau, mereka merancang untuk mengekalkan pelitup muka tersebut sehingga situasi Covid-19 di Jepun lebih terkawal.

Sumber: REUTERS 

Destination: 
Artikel berkaitan