Bukit Panau, Jerantut - Port Awesome Tengok Awan Karpet & Spesies Burung Liar

TARIKAN
October 05, 2020 - 03:59 PM


Jika anda seorang yang sukakan aktiviti mendaki bukit dan ingin menyaksikan sendiri keindahan awan karpet -- mungkin Bukit Panau di Jerantut, Pahang adalah lokasi yang wajib anda terokai!

Baru-baru ini, Bukit Panau setinggi 396 meter antara lokasi yang berpotensi sebagai transit pengunjung bagi aktiviti rekreasi dan riadah yang dimasukkan dalam pakej Kluster Pelancongan Negeri Pahang untuk tahun ini.

Sejak 3 bulan lalu, Bukit Panau yang mempunyai pemandangan puncak yang cukup menakjubkan telah dibuka oleh sekumpulan belia Kampung Baharu unutuk dijadikan sebagai sebuah pusat rekreasi orang ramai.

Keindahan alam sekitar yang dimiliki puncak bukit terutamanya fenomena awan karpet telah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk melakukan pendakian di situ.

Bukan itu sahaja, malah Bukit Panau juga menjadi tumpuan pencinta alam bagi menyaksikan sendiri kehadiran pelbagai spesies burung liar yang terbang bebas di habitatnya.

Menurut jurugambar burung profesional yang pernah ke situ mendapati hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja hampir 60 spesies burung direkodkan termasuk Long-billed Partage dan Helmelted Hornbill. Malah, siulan burung jenis Wak-wak dan Siamang juga turut kedengaran.

Memandangkan potensi Bukit Panau yang boleh diketengahkan sebagai lokasi pelancongan, Pengarah Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pahang turut membuat pelan jangka masa panjang -- di mana mereka bakal bekerjasama dengan ahli Bird Group Taman Negara (BGTN) bagi memberikan latihan serta tunjuk ajar mengenai aspek pemanduan alam sekitar (nature guide) kepada belia Kampung Baharu.

Bukit Panau merupakan salah satu tempat tarikan bagi pengunjung yang inginkan panorama indah dari puncaknya dan ramai yang menjadikan bukit ini sebagai misi untuk mereka mengejar matahari terbit yang sangat mempesonakan.

Trek pendakian di bukit ini juga mencabar ketahanan fizikal pengunjung kerana ia mempunyai kecuraman 45 darjah dan tempoh untuk ke puncak pula biasanya memakan masa antara 45 minit hingga 1 jam.

Jika anda berminat untuk menawan puncak Bukit Panau, anda boleh menghubungi Guide DeLi DeLi di talian 019-9080083.

Kredit Gambar: FB Bukit Panau Kampung Baharu Jerantut Pahang

 

 

 

Destination: 
Artikel berkaitan