Craftiviti - Cipta Bath Bombs, Deodorant, Losyen, Serta Pelbagai Produk Kecantikan Dan Kesihatan Mengikut Citarasa Sendiri!

March 30, 2021 - 06:26 AM


Pernah tak bila korang beli barangan kesihatan dan kecantikan seperti deodorant, candles, dan bath bombs korang terfikir;

"Kan best kalau dapat buat semua produk ni ikut citarasa sendiri?"

Jangan risau, di Craftiviti, korang boleh buat semua produk ni dalam masa 30 minit sahaja! Ya, kedai yang terletak di Petaling Jaya ni sangat unik dan menarik tau.

Terletak di 10 Boulevard, kedai ini membolehkan korang untuk DIY produk kecantikan dan kesihatan sendiri. Tak perlu risau, segala barangan dan kit untuk korang mulakan projek korang akan disediakan di sini. Jadi korang boleh pergi mix and match segala macam jenis bahan yang korang nak di dalam produk korang. Memang best guys!

Untuk mulakan proses DIY ni, korang akan diberikan satu menu dan boleh pilih dari pelbagai resipi bath bombs, scented candles, dan juga lip balm. Selain itu, produk kecantikan juga boleh dibuat di sini seperti losyen dan deodorant yang menggunakan bahan semula jadi. Orang kedai di sana akan memberi tunjuk ajar kepada korang yang tak mempunyai pengalaman.

Kos untuk buat resipi ini juga sangat murah pada harga RM30. So kalau korang inginkan produk kecantikan dan kesihatan sendiri yang menggunakan bahan semula jadi yang selamat pada harga berpatutan, korang boleh singgah ke Craftiviti di Petaling Jaya. Selamat mencuba guys dan jangan takut untuk eksperimen dengan bahan-bahan baru.

Alamat: Unit D-1-46, 1st Floor, Block Dahlia,10 Boulevard SPRINT Highway, Jalan PJU 6a/3a, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

 Laman Web | Facebook | Instagram 

Destination: