Dah Lambat Nak Ke Pintu Pelepasan? Guna Je Gelongsor Kat Changi Airport!

January 09, 2020 - 05:25 PM


Tidak banyak lapangan terbang di seluruh dunia yang benar-benar menawarkan suatu pengalaman menyeronokkan kepada penumpangnya -- tetapi perkara itu berbeza di Lapangan Terbang Changi di Singapura.

Sering kali dipanggil salah satu lapangan terbang terbaik di dunia, Changi yang terkenal dengan tarikan air terjun tertingginya iaitu "Jewel Rain Vortex", sebenarnya turut mempunyai satu lagi kemudahan unik yang dapat membawa anda ke pintu pelepasan dengan sangat cepat dan menyeronokkan.

Kemudahan yang dimaksudkan adalah permainan gelongsor berwarna merah yang boleh anda gunakan selepas mengimbas pas berlepas untuk terus ke pintu pelepasan di Terminal 4.

Menurut Daily Mail, seorang penumpang bernama Yusuf El Askary telah mencuba sendiri pengalaman menggunakan gelongsor berkenaan dan beliau memuat naik video tersebut di Youtube.

Selain gelongsor merah di Terminal 4 itu, Lapangan Terbang Changi juga sebenarnya mempunyai sebuah lagi gelongsor yang lebih panjang iaitu di Terminal 3, yang sering dipanggil "gelongsor paling tinggi di dunia dalam lapangan terbang"!

Gelongsor itu berketinggian 12 meter dan boleh membawa individu yang menaikinya dari Tingkat 1 hingga Basement 3.

Bagaimanapun, gelongsor yang di Terminal 4 tidak dapat dipastikan berapa ketinggiannya.

Yang penting bila tengok video orang guna gelongsor merah ni macam best je kan?

Lagi-lagi bila kita tergesa-gesa dah lambat nak ke pintu pelepasan, tinggal meluncur je guna gelongsor tu tak payah susah-susah nak guna eskalator ataupun tangga.

 

Destination: