Dinasour Encounter - Bawa Anak-Anak Pergi Berjalan Berjumpa Dinasour Di Zoo Melaka

TARIKAN
March 10, 2021 - 04:25 PM


Ada banyak sebab kenapa rakyat Malaysia sering pergi ke Melaka untuk bercuti bersama keluarga. Tarikan yang ada di negeri ini sudah pasti memberikan waktu berkualiti buat korang dan family yang datang. Jadi di sini ada lagi satu tarikan menarik terutamanya buat kanak-kanak iaitu Dinasour Encounter yang terletak di Zoo Melaka.

Dinasour Encounter merupakan tarikan terbaharu oleh Zoo Melaka dan merupakan taman tema dinasour terbesar di Asia Tenggara.

Lokasi ini mempunyai lebih dari 100 spesis dinasour replika mengikut saiz asal mereka. Kanak-kanak yang datang ke sini pasti akan terpegun dengna kebesaran spesis haiwan yang sudah pupus ini. 

Saiz untuk taman ini agak besar iaitu pada 5 ekar dan bila jejak je kaki korang ke dalam ni, korang akan kembali ke zaman pra sejarah. Disebabkan saiz dinasour ini sangat realistik, jangan terkejut pula kalau korang nampak orang dewasa lagi banyak bergambar berbanding kanak-kanak. Apa yang menariknya di sini adalah laluan yang mesra pengguna, mudah untuk korang bawa anak kecil menggunakan stroller. 

Sepanjang perjalanan korang di lokasi ini, korang juga berpeluang untuk berjumpa dengan ranger yang ditempatkan di beberapa lokasi di taman ini. 

Jadi jangan lupa untuk bergambar dengan mereka, boleh juga minta mereka lakonkan semula aksi terkenal dari Jurassic World seperti gambar di bawah. So kalau korang ada plan untuk bawa anak-anak berjalan di Melaka, Dinasour Encounter merupakan salah satu lokasi menarik yang pasti membuatkan anak korang gembira.

Alamat: Zoo Melaka, 200, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka

Harga: RM31 untuk kanak-kanak, RM38 untuk dewasa (harga ini termasuk Day & Night Zoo + animal feeding session)

Laman Web Facebook

Destination: 
Artikel berkaitan