Dulu Lorong Terbiar, Kini Kwai Chai Hong Jadi Tumpuan Pelancong Bergambar Unik Di KL!

November 16, 2021 - 01:44 PM


Bagi anda yang mempunyai perancangan untuk bercuti ke ibu kota Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini dan mencari sebuah lokasi yang menarik untuk merakamkan gambar unik dan penuh artistik -- anda boleh singgah ke Kwai Chai Hong di Chinatown.

Di sini anda boleh menggayakan beberapa pose OOTD dengan berlatar belakangkan sebuah karya eksperimen menakjubkan melibatkan permainan perspektif menggunakan lampu dan bayang-bayang.

Di Kwai Chai Hong ini sebenarnya terdapat bangunan pra-perang yang telah dipulihara menjadi sebuah lorong yang penuh dengan sejarah bagi tarikan pelancong.

Jika ke sini, anda berpeluang merakamkan gambar bertemakan Illuminating Shadows dan Vivid Streams, yang melambangkan tentang liku-liku kehidupan menggunakan bahan holografik yang telah diterjemah ke dalam pelbagai bentuk.

Dengan unsur angin dan matahari, bayang-bayang menjadi hidup disebabkan warna-warna terang yang sinonim dengan keindahan.

Jadi, anda juga pastinya akan senyum kepuasan apabila melihat hasil gambar yang dirakamkan di situ nanti.

Illuminating Shadows dipamerkan kepada orang ramai sehingga 5 Disember ini.

Kwai Chai Hong dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam dengan SOP yang ketat.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk anda bergambar cantik dan post di media sosial, mesti banyak likes anda nanti. Hehehe....

Kredit Gambar: The Star

Destination: