Escape Theme Park Bakal Buka Challenge Park Pertama Di Paradigm Mall

March 13, 2020 - 03:30 PM


Yes! Anda tidak salah membaca tajuk tersebut. Taman Tema Escape yang ada di Pulau Pinang  akan membuka challenge park pertama mereka di Lembah Klang.

Menurut pengumuman yang dibuat oleh syarikat berkenaan, Escape Challenge Indoor Theme Park bakal dibuka di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Walaupun tiada tarikh yang ditetapkan, mereka ada memberikan gambaran bahawa ia akan dibuka tidak lama lagi.

Disebabkan Escape Challenge Indoor Theme Park di Petaling Jaya ini adalah dibawah jenama yang sama di Escape Indoor Theme Park di Penang, kami menganggarkan pengalaman yang sama juga bakal dibawa dan ditawarkan oleh challenge park di PJ ini. Kami bayangkan, ia pastinya akan mempunyai beberapa laluan atau halangan bertali, zipling, wall climbing dan banyak lagi aktiviti.

Menurut mereka yang pernah cuba di Penang, pengunjung boleh memilih tahap kesukaran laluan dan jenis halangan yang mereka selesa.

Apa-apa pun, kita nantikan sahaja pengumuman tarikh pembukaan rasmi dan selepas itu, boleh lah kita serbu...

Sebelum tu, kita layan video teaser ni dahulu... 

Destination: