Fairy Cave - Gua Cantik Menyerupai Alam Fantasi Di Sarawak

November 23, 2020 - 01:44 PM


Ada tak antara korang yang percaya kepada pari-pari atau ingin mengetahui bagaimana agaknya kelihatan tempat tinggal mereka. Di Sarawak terdapat sebuah Gua, yang dipanngil Gua Pari-Pari atau Fairy Cave yang terletak lebih kurang 40km dari bandar Kuching.

Untuk sampai ke gua ini, semestinya bukan benda yang mudah. Korang perlu mendaki beberapa anak tangga untuk sampai ke pintu masuk gua ini. Namun, dari komen semua pengunjung yang pernah datang ke sini, segala penat Lelah mendaki berbaloi apabila dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan hijau yang indah serta kedinginan di dalam gua tersebut.

Selain mengambil gambar, aktiviti rock climbing juga antara perkara wajib yang sering dilakukan pengunjung yang datang ke sini. Kalau korang nak tahu, gua ni juga merupakan salah satu tempat penggambaran bagi filem ‘The White Rajah’ kerana keindahan flora dan faunanya. Filem luar negara ini diadaptasi dari kisah hidup James Brooke di negeri Bumi Kenyalang itu suatu ketika dulu.

Lebih menarik lagi, selain kisah James Brooke, gua ini juga pernah menjadi tempat persembunyian tentera Jepun sewaktu perang dunia ke-2 dan juga pengganas komunis semasa pemberontakan berlaku pada tahun 1960an. Wah, memang macam-macam kisah berlaku di gua ni. Ini tak termasuk kisah mitos berkaitan gua ini yang dipercayai oleh masyarakat setempat sehingga gua ini dipanggil Fairy Cave.

Jadi bagi penggemar sukan rock climbing atau ingin merasai persekitaran flora fauna di dalam gua dengan suasana sejuk, boleh lah berkunjung ke sini dan menghayati pengalaman baru ala-ala kehidupan di alam pari-pari.

Destination: