Fenomena Laut Jindo 'Terbelah', Betul Ke Ada Dewa Laut?

TARIKAN
April 19, 2021 - 05:18 PM


Fenomena laut terbelah sering berlaku angkara perubahan iklam, selain faktor pasang surut air laut. Salah satu destinasi di mana berlakunya laut terbelah setiap tahun adalah Pulau Jindo, yang di terletak di Jeollanam-do, Korea Selatan. 

Pada hujung bulan Mac, ribuan orang termasuk pelancong asing akan berkumpul untuk mengikuti Jindo Miracle Sea Road Festival, sebuah perayaan yang meraikan Laut Jindo yang 'terbelah' sepanjang 2.8 kilometer dengan lebar 40 meter. 

Belahan yang panjang dengan pemandangan yang cukup indah itu turut menghubungkan dua pulau - Pulau Jindo dan Pulau Modo.

Fenomena itu bagaimanapun tidak berlaku dengan lama, bahkan hanya sejam, dua kali sehari sehingga air laut kembali pasang. 

Masyarakat tempata disini menceritakan tentang kewujudan dewa laut yang menyebabkan kejadian luar biasa itu, namun penjelasan ilmiah mengatakan kejadian itu berlaku disebabkan graviti bumi yang sempurna.

Keunikan Pulau Jindo menjadi tumpuan dunia apabila sekitar tahun 1970-an, Pierre Landy yang juga bekas duta besar Perancis ke Korea Selatan menyatakan kagumnya dengan fenomena alam itu.

Sejak itu, Pulau Jindo semakin terkenal dan dibanjiri pelancong dari Eropah yang melawat kawasan itu untuk merasai pengalaman 'laut terbelah'.

Sumber: mStar

Destination: 
Artikel berkaitan