Flora Park, Tarikan Terbaru Di Cameron Highlands!

October 18, 2021 - 05:45 PM


Antara salah satu tarikan atau lokasi percutian yang popular mestilah Cameron Highlands, baik di kalangan pelancong luar mahupun dalam negara. Seperti yang kita tahu, Cameron Highlands terkenal dengan ladang teh dan strawberi yang cukup menarik untuk kita nikmati. 

Namun, ada tarikan terbaru di Cameron Highlands iaitu Cameron Highlands Flora Park! Satu taman bunga yang dipenuhi pelbagai jenis bunga yang cukup cantik di mata!

Antara tarikan Cameron Highlands Flora Park mestilah terdapat banyak spot yang cukup indah untuk korang bergambar atau senang cakap sangat 'instagram worthy'!

Selain itu, korang jugak boleh berpiknik dengan family atau kawan kawan dikelilingi bunga bunga yang memberi feel ala ala di Eropah. Rasa malas nak sediakan makanan piknik? Jangan risau pihak Flora Park ada menyediakan pencuci mulut seperti pelbagai variasi kek, scones, pizza, teh dan bermacam lagi.

Nak best sikit, korang boleh upgrade pakej yang sedia ada ya! Antara pakej yang disediakan Dream Deluxe Picnic Set dan Family Garden Picnic Set.

Walaupun belum ada tarikh rasmi pembukaan, pihak Cameron Highlands memberi beberapa 'sneak peak' keindahan Flora Park!

So, kita tunggu bila Flora Park dibuka secara rasmi dan bolehlah kita luangkan masa ditemani bunga bunga indah dan cuaca yang nyaman bersama insan tersayang!

Destination: