Gedung Beli-Belah Popular Dunia, Primark Kembali Dibuka 15 Jun

June 02, 2020 - 05:59 PM


Bagi siapa yang kaki shopping terutama jika bercuti ke London pastinya familiar dengan gedung membeli-belah 'PRIMARK'!

Selepas ditutup pada bulan Mac lalu disebabkan pelaksanaan perintah berkurung di seluruh England gara-gara penularan COVID-19 -- akhirnya gedung beli-belah popular di kalangan pelancong antarabangsa itu akan mula beroperasi kembali menjelang pertengahan bulan ini.

Pemilik syarikat gedung itu, Associated British Foods (ABF) berkata ketika ini mereka sedang giat membuat persediaan untuk membuka semula kesemua 153 gedungnya di seluruh England pada 15 Jun.

ABF juga memaklumkan pihaknya sedang menunggu arahan lanjut mengenai kebenaran membuka semula cawangan gedung di  Ireland Utara, Scotland dan Wales -- tetapi menjangkakan ia hanya boleh beroperasi pada akhir bulan ini.

Sejak ditutup berikutan krisis coronavirus yang semakin meruncing di England, Primark telah menanggung kerugian sekitar £ 650 juta setiap bulan.

Namun disebabkan ketika ini perintah berkurung mula dilonggarkan oleh pihak berkuasa England, Primark memutuskan untuk menerima semula kunjungan pelanggan namun dengan protokol keselamatan menjadi keutamaan.

Antaranya memastikan penjarakan sosial, menyediakan stesen bagi cecair pembasmi kuman dan tambahan titik sentuh berfrekuensi tinggi di seluruh kedainya bagi mengelak jangkitan ketika pelanggan membeli-belah bersama mereka.

Sumber: Metro.co.uk

Destination: