Genting SkyWorlds Bakal Dibuka Hujung Tahun Ini?

November 11, 2021 - 05:30 PM


Setelah beberapa kali tarikh pembukaan ditunda, Genting Malaysia Berhad telah mengumumkan bahawa mereka bakal membuka taman tema outdoor terbaru menjelang akhir tahun ini! Taman tema tersebut telah diberi nama baru "Genting SkyWorlds" pada awal tahun. Biarpun tidak lagi membawa nama "20th Century Fox", Genting SkyWorlds tetap menawarkan tarikan yang sama dari movie-movie 20th Century Fox, dan juga beberapa filem antarabangsa yang famous!

Pembinaan di Genting SkyWorlds terhenti seketika akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, namun setelah PKP tamat, segala proses pembinaan bersambung semula dan berjalan dengan lancar. Disebabkan itu, kebanyakan proses pembinaan telah lengkap dan team Genting sedang meniliti perkara perkara terakhir dan juga test ride semua tarikan yang ada sebelum taman tema itu selamat dibuka kepada pengunjung.

Mesti korang dah tak sabar kan nak pergi? Mengimbau nostalgia dulu kot korang pernah pergi taman tema Genting yang sebelum ini. Yang pasti, taman tema yang baru ini bakal mempersembahkan 9 tema unik dan berkeluasan 26 ekar, 26 rides menarik yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur! Selain itu pelbagai restoran bakal dibuka, terdapat outlet-outlet jenama terkemuka dan juga beberapa live show entertainment!

Jadi kita tunggu grand opening Genting SkyWorlds bersama-sama!

Destination: