Gila Lah! Buaian Gantung Tertinggi Di Dunia Sekarang Sama Tinggi Dengan Great Pyramid!

March 02, 2021 - 06:00 PM


Bagi korang yang memang suka benda-benda yang thrill, mesti korang suka naik rides yang extreme kan? Macam aku sendiri, antara rides kegemaran aku selain roller coaster ialah buaian gantung. Baru-baru ini, Bollywood Parks Dubai telah mengumumkan yang dorang dah buka sembilan rides baru, dan buaian gantung baru dorang, Bollywood Skyflyer kini memegang rekod sebagai buaian gantung tertinggi di dunia! 

Dengan ketinggian 460 kaki (140 meter), Bollywood Skyflyer ini berdiri sama tinggi dengan Great Pyramid of Giza, dan mengalahkan pemegang rekod sebelum ini, Orlando Starflyer yang terletak di Florida dengan beza ketinggian sebanyak 10 kaki. 

Bollywood Skyflyer itu dibina dengan 421 tan keluli, mengambil masa 600 hari untuk dibina, dan 120 hari untuk dipasang. 

Pengurus Bollywood Parks Dubai, Milton D'Souza cakap dorang akan mengumumkan lebih banyak lagi rides yang akan memecah rekod di dalam tahun 2021 sahaja. 

Yang aku rasa paling menarik tentang Bollywood Parks Dubai adalah apabila kita bercakap tentang bollywood, mesti kita akan kaitkan dengan negara India, tapi negara India sendiri pon tiada taman tema yang bertemakan Bollywood, hanya ada di Dubai. 

Bagi peminat bollywood yang sukakan thrill, korang dah boleh rancang untuk datang ke sini! Mesti syok! 

Destination: