Gundam Bersaiz Sebenar Jadi Tarikan Terbaru Yokohama Oktober Nanti

January 21, 2020 - 12:30 PM


Robot Gundam berskala sebenar setinggi 18 meter dan bakal menjadi tarikan terbaru di Yokohama apabila dibuka secara rasmi pada 1 Oktober 2020 nanti.

Difahamkan, pameran tersebut dinamakan “Gundam Factory Yokohama” dan robot Gundam setinggi 18 meter ini bakal dipamerkan di Yamashita Wharf di Yokohama bersempena dengan ulangtahun ke-40 siri terkenal tersebut.

Pameran bakal berlangsung selama setahun sehingga 3 Oktober 2021 dan pra-pembukaan akan diadakan pada Julai dan Ogos nanti.

Gundam Factory Yokohama ini difahamkan akan mempunyai Gundam-Dock yang menyimpan dan mempamerkan Gundam yang boleh bergerak selain mempunyai Gundam Lab yang mana pengunjung boleh mempelajari bagaimana fungsi mekanisma pergerakan ini dalam menggerakkan sesebuah robot Gundam ini.

Katanya, akan ada café bagi kemudahan pengunjung dan kami menjangkakan ia akan bertemakan Gundam jugak nanti ni.

Mungkin macam ni cafe nya nanti?

p/s : Kepada peminat Gundam, bolehlah nak riki tiket ke Jepun ni. Hehe.

Destination: