Hagia Sophia Sekali Lagi Menjadi Masjid Selepas 86 Tahun
Hagia Sophia merupakan salah satu tempat yang memang akan dikunjungi oleh mereka yang melancong di Istanbul. Kira tak sah lah kalau singgah Istanbul tak datang sini. Selain Hagia Sophia, ada beberapa lagi masjid yang turut menjadi pilihan pelancong di sekitar kawasan Hagia Sophia.
Pada asalnya Hagia Sophia merupakan muzium yang dibangunkan sebagai gereja sebelum ditukarkan menjadi masjid oleh Kerajaan Uthmaniyyah, menjadi tema hangat yang muncul di tengah-tengah perjuangan antara aktivis konservatif dan toleransi.
Hagia Sophia dibina oleh Empayar Byzantine sebagai gereja terbesar di dunia pada masa itu. Namun, statusnya sebagai gereja telah diubah menjadi masjid oleh Uthmaniah setelah berjaya menawan Konstantinopel dan ia berakhir sebagai muzium atas desakan Mustafa Kemal Ataturk pada tahun 1935.
Pada tahun 2019 Presiden Recep Tayyip Erdogan mengatakan “adalah kesalahan besar untuk mengubah (Hagia Sohpia) menjadi muzium. Dia juga berjanji untuk mengembalikan fungsi bangunan bersejarah itu sebagai masjid.
Nampaknya Presiden Recep Tayyip Erdogan menepati janji beliau apabila mahkamah pentadbiran utama Turki semalam telah membatalkan keputusan kabinet pada tahun 1934 dan telah membenarkan kerajaan Turki untuk kembali menukarkan fungsi Hagia Sophia daripada sebuah muzium kepada sebuah masjid.
Sejak ditukar fungsinya pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul. Ia telah berfungsi kira-kira 500 tahun sebagai tempat ibadah penganut Islam dan telah menjadi model kepada masjid-masjid yang ada di sekitar Istanbul.
Ketika Kerajaan Uthmaniyyah mengundurkan diri dan diganti sebagai republik pada tahun 1934, Hagia Sophia kemudian diubah menjadi muzium oleh pemimpin Republik Turki yang pertama iaitu Mustafa Kamal Attaturk.
Percaya atau tidak bila sampai di sana, semua masjid kelihatan seakan sama. Itu apa yang kami rasa bila pertama kali kami jejak Istanbul pada tahun 2017.