Haji Lane, Singapura Tersenarai Dalam 10 Jalan Paling 'Cool' Di Dunia

TARIKAN
June 15, 2021 - 04:06 PM


Dah menjadi sebuah trend sekarang di mana kebanyakan jalan ataupun lorong yang kosong, yang mempunyai potensi tarikan akan diberikan sentuhan street art ataupun seni jalanan yang unik sekaligus menjadikan jalan / lorong tersebut sebuah lokasi bergambar, dan tempat lepak yang digemari anak muda, serta pelancong. 

Kalau di Malaysia, kita ada Jalan Alor di Kuala Lumpur, Georgetown Street di Pulau Pinang, dan Jalan Masjid di Ipoh. Dengan jalanan kini menjadi tarikan yang baru kepada sektor pelancongan, dan kegilaan orang muda, majalah Time Out telah mengeluarkan senarai 10 jalan / lorong paling cool di dunia, dan Haji Lane yang terletak di negara jiran kita, Singapura tersenarai di dalam Top 10 tersebut. 

Time Out yang menerima pendapat daripada 27,000 pengembara bandar tahun ini bagi mendapatkan senarai jalan / lorong paling cool untuk dikunjungi. Haji Lane yang diberikan sentuhan seribu satu warna, dan dipenuhi dengan lukisan mural telah memenangi hati ramai pengembara bandar yang berada di Singapura. 

Haji Lane bukan saja hanya dipenuhi dengan seni pada dinding, malah turut dipenuhi dengan tarikan lain seperti kafe-kafe yang menarik, Singapura Club, Gelam Gallery, serta banyak lagi tarikan yang menjadikan lorong tersebut sebuah tarikan pelancong yang holistik. 

Antara lain yang tersenarai di dalam jalan / lorong paling cool di dunia adalah Calle Thames di Buenos Aires, Star Street di Hong Kong, Witte de Withstraat di Rotterdam, dan yang menjuarai senarai tersebut adalah Smith Street di Melbourne. 

Destination: 
Artikel berkaitan