Hauntu - Jadi Watak Utama Dalam Cerita Hantu Yang Menyeramkan

October 12, 2020 - 04:44 PM


Bayangkan korang adalah watak utama dalam filem atau drama horror. Apa yang korang akan buat? Selama ni bila kita tengok cerita hantu, kita selalu marah bila karakter dalam tu buat keputusan yang tak masuk akal. Jadi, apa kata kalau korang yang selalu komen macam-macam tu datang dan cuba Hauntu ni.

Apa sebenarnya Hauntu ni? Senang cerita, Hauntu merupakan rumah hantu interaktif yang dilengkapi dengan pelakon professional dan mempunyai jalan cerita yang tersendiri. Korang adalah watak utama dalam cerita tersebut. Jadi kalau korang teringin nak berlakon dalam cerita hantu, inilah masanya. Nak jadi watak penakut? Jangan risau, tak ada orang akan gelakkan korang. Semua professional. Nak jadi watak penyiasat paranormal? Boleh.

 

Interaksi Dengan Pelakon Profesional

Jadi apa yang korang perlu buat bila dah masuk dalam ni? Setiap sesi akan berlansung selama 1 jam dan mempunyai jalan cerita tersendiri. Korang akan dibantu oleh pelakon-pelakon lain untuk teruskan jalan cerita sampailah ke penghujungnya. Pelakon lain tu bukan takat berdiri tau, korang boleh berinteraksi dengan mereka dan dapatkan maklumat yang diperlukan untuk teruskan jalan cerita.

 

Pilihan Korang Menentukan Hala Tuju Jalan Cerita

Dalam setiap jalan cerita, ada beberapa ending yang korang boleh dapat. Jadi sebab tu korang kena lebih berhati-hati dalam membuat keputusan agar tak dapat bad ending. Perhatikan dan dengar betul-betul setiap kata-kata dan tingkah laku watak lain yang ada dalam cerita tersebut. Tapi korang boleh ulang lagi scenario ini untuk dapat ending yang lain. Macam main video game.

 

Jalan Cerita Yang Mempunyai Beberapa Episod

Setiap beberapa bulan, pihak Hauntu akan mengubah episod yang akan dimainkan di situ. Tapi setiap episode pula berkait rapat antara satu sama lain. Jadi kalau korang dah habiskan satu episode, jangan lupa selalu check website Hauntu untuk dapatkan info mengenai episode baru.

 

Rumah Hantu Tanpa ‘Jump Scare’ Yang Cliché

Kalau korang pernah masuk rumah hantu lain sebelum ni, sebenarnya tak ada lah seram mana pun. Cuma banyak buat korang terkejut je. Jangan risau, di Hauntu korang akan rasai suasana yang menyeramkan melalui lakonan hebat dan jalan cerita. Bukan hanya pada jump scare semata-mata ya.

Harga untuk masuk ke sini murah je iaitu pada RM58 untuk setiap orang. Setiap episod boleh masuk maksimum 10 orang je. Tapi kalau nak bawa lebih lagi bolehlah booking awal-awal dengan mereka.

Laman Web ǀ Facebook ǀ Instagram

Destination: