Hidupkan Semula Gaya 90an, Jom Rollerskate Di Rollerwa!

TARIKAN
January 07, 2022 - 02:08 PM


Malaysia menjadi negara pertama yang mempunyai Rollerwa! Salah satu nama besar gelanggang luncur dari Korea Selatan!

Rollerwa KL telah memuat naik satu post pada 4 April yang lalu di mana mereka belanja satu gambar gelanggang luncur yang terletak di pusat membeli belah 1 Utama!

Berkeluasan lebih kurang 17, 000 kaki persegi, gelanggang ini bakal menjadi outlet yang ketiga luar Korea Selatan.

Yang lagi best, sambil anda ber'rollerskate' anda akan ditemani dengan himpunan lagu Kpop yang popular. Tunggu apa lagi guys? Jom ajak kawan-kawan atau family hujung minggu nanti!

Gelanggang luncur ini terletak di District K 1 Utama, level 1 bersebelahan Isetan

Bayaran Masuk RM12
Dewasa (2 jam) RM38
Kanak-kanak / Bawah 18 tahun (2 jam) RM28
Dewasa (Seharian) RM68
Kanak-kanak / Bawah 18 tahun (Seharian) RM58
*Termasuk roller skates, gelanggang dan peralatan keselamatan

*Bawa peralatan sendiri: RM3 Diskaun

Destination: