Hotel Ini Guna Robot Untuk Cegah Penularan Covid-19!

March 12, 2021 - 06:04 PM


Antara cara untuk mengekang penularan Covid-19 ini, kita kena kurangkan kontak secara langsung antara manusia, jadi Hotel Sky yang terletak di Afrika Selatan ini menarik tumpuan dunia bila dorang gunakan robot pelayan untuk menggantikan manusia. 

Robot ini tak layan semua orang, dan sebenarnya dorang digunakan khas untuk melayan pelanggan yang hotel yang mempunyai simptom Covid-19, so pelayan manusia dekat situ tidak perlu untuk bersemuka dengan pelanggan yang bergejala. 

Hotel di Johannesburg, Afrika Selatan yang baru sahaja dilancarkan pada tahun ini memperkenalkan tiga robot iaitu Lexi, Micah, dan Arial. Paling menarik sekali, robot-robot ini bukan sahaja boleh menghantar makanan, siap boleh tolong bawa beg (maksimum 300kg) dari lobi hotel, sampai ke bilik. Padu kan? 

Hotel Sky masih lagi menggunakan tenaga manusia bagi melayan pelanggan yang lain, Lexi, Micah, dan Ariel hanya perlu melayan pelanggan yang bergejala sahaja. Robot-robot ini siap boleh scan muka korang lagi dan tengok korang gembira ke tak dengan layanan dorang. 

Selain daripada penggunaan robot, Hotel Sky turut mempraktikkan usaha lain bagi mengekang penularan di mana pelanggan mempunyai pilihan untuk check in menggunakan khidmat layan diri.