Jambatan Gantung Pejalan Kaki Terpanjang Dunia Dibuka Di Portugal
Jambatan gantung pejalan kaki terpanjang di dunia baru sahaja dibuka di Portugal. 516 Arouca yang dibuka di Arouca, selatan Porto, menyambungkan Air Terjun Aguieiras dan Paiva Gorge, kawasan yang terkenal sebagai spot sukan lasak.
Jambatan gantung terpanjang di dunia itu adalah sepanjang 516 meter, lebih panjang dari ketinggian KLCC ya! Ianya akan mengambil masa sepanjang 10 minit untuk dilintasi dan pengunjung akan disajikan dengan pemandangan panorama air terjun, dan air sungai yang deras.
Ianya direka dengan gaya binaan jambatan Tibetan yang disokong oleh kabel keluli dan dua menara berbentuk V yang besar, dan jambatan tersebut tergantung lebih kurang 1692 kaki tinggi.
Direka oleh sebuah studio Portugis, dan ianya memakan masa 3 tahun untuk dibina, dan pembinaannya selesai pada bulan Julai 2020.
Pemegang rekod sebelum ini adalah Jambatan Gantung Charles Kuonen Switzerland sepanjang 494 meter, dan setinggi 1621 kaki yang dibuka pada tahun 2017.