Japanese Village - Bawa Anda Ke Perkampungan 'Jepun' Malaysia

TARIKAN
November 27, 2020 - 03:09 AM

Korang tahu tak di Malaysia terdapat satu perkampungan Jepun yang terletak hanya kira-kira 1 jam dari bandaraya Kuala Lumpur? Ya, perkampungan Jepun yang dimaksudkan ialah Japanese Village, Bukit Tinggi. Tiket masuk ke Japanese Village adalah termasuk dengan tiket lawatan ke Colmar Tropicale iaitu hanya RM16 bagi dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun.

Tetapi jangan terkejut pula nanti ya jika korang perlu mendaki anak tangga yang banyak sebelum tiba di Japanese Village ni! Tapi jangan risau, pemandangan yang korang dapat nikmati apabila tiba atas bukit nanti adalah sangat cantic,  terus hilang rasa penat memanjat tangga. Antara tarikan yang terdapat di Japanese Village ini ialah Japanese Garden, Tatami Spa, Japanese Tea House dan Ume Tatami Suite.

Selain daripada menikmati deruan bunyi air terjun yang nyaman serta mendapatkan khidmat spa persis berada di Jepun, pengunjung juga boleh memilih untuk bermalam di Ume Tatami Suite dengan pemandangan hijau dan suasana hutan yang menenangkan. Korang juga boleh menyewa kimono dengan harga RM20 sepasang.

Boleh lah bergambar seperti gadis Jepun dahulu alang-alang sudah sampai ke ‘Jepun’ ni. Do it for the gram!Selepas menikmati suasana berada di Jepun, anda juga boleh singgah ke Botanical Garden yang terletak hanya bersebelahan dengan Japanese Village ini. Jalan kaki pun boleh! Memang berbaloi.

Destination: 
Artikel berkaitan

Japanese Village - Bawa Anda Ke Perkampungan 'Jepun' Malaysia | Rileklah.com

Error

The website encountered an unexpected error. Please try again later.