Jejak Pahlawan & D'Tebing Tarikan Baharu Bercuti Di KL

March 03, 2022 - 12:58 PM


Jika anda bercuti atau sedang berada di ibu kota Kuala Lumpur serta tidak tahu hendak jalan-jalan ke mana, ini ada satu tarikan baharu untuk anda beriadah dan makan-makan!

Anda boleh menelusuri laluan pejalan kaki "Jejak Pahlawan" di Bulatan Dato Onn bersebelahan Dataran Merdeka.

Bersebelahannya pula menanti medan selera "D Tebing" yang menjanjikan hidangan untuk pengunjung menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan dan minuman.

Kedua-dua tarikan baharu yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu adalah bagi menarik kehadiran lebih ramai pengunjung tempatan dan antarabangsa ke ibu negara. 

Sebelum ini, Pusat Penjaja D’Tebing pada asalnya serba kekurangan -- namun kini telah dinaik taraf oleh DBKL agar ia berwajah baharu dan menarik pengunjung.

Projek menaik taraf pusat penjaja berkonsep medan selera yang menelan belanja RM1 juta tersebut turut dilengkapi fasiliti surau bagi memudahkan pengunjung beroperasi sehingga waktu malam. 

Pusat penjaja tersebut terletak berhampiran dengan sebahagian projek laluan Jejak Pahlawan sepanjang dua kilometer, di Bulatan Dato Onn.

Sumber: Bernama & Kredit Gambar: FB DBKL

Destination: