Jom Explore Artifak Islam Di Muzium Seni Islam Terbesar Asia Tenggara! Masuk Adalah Percuma!
Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM) membuka pintunya secara percuma kepada pengunjung pada 25 Jun ini dengan pelbagai program seni dan budaya. IAMM yang dibuka pada 1998, adalah muzium seni Islam terbesar di Asia Tenggara dengan lebih 7,000 artifak berkaitan Islam!
Acara itu bersempena dengan Hari Muzium Antarabangsa dan akan berlangsung dari pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang.
Pengunjung boleh menerokai galeri utama IAMM melalui galeri interaktif dan mengambil bahagian dalam lawatan bersama kurator pada pameran khas berjudul 14 Dynasties and A Region yang menceritakan pelbagai empayar Islam.
Bagi yang meminati seni, pameran mini iaitu Kaligrafi IAMM: Sambutan 20 Tahun Bersama PSKK turut dipamerkan selain persembahan demonstrasi secara langsung mengenai kaligrafi oleh wakil Persatuan Seni Khat Kebangsaan.
Tidak hanya itu, curi peluang ini juga untuk menyaksikan demonstrasi daripada jabatan pemuliharaan IAMM dan berinteraksi dengan pustakawan pada pameran buku dari perpustakaan muzium
Bagi pelawat cilik berumur empat hingga 12 tahun, mereka boleh menyertai Lost Artefacts Quest iaitu pencarian harta karun interaktif yang berlangsung pada sebelah pagi dan tengah hari.
Alamat: Muzium Kesenian Islam Malaysia, Jalan Lembah, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9.30am - 6.00pm