Jom Ke 'Little Beijing' Melaka, Port Bergambar Cantik Sempena CNY!

January 27, 2022 - 05:49 PM


Sempena dengan kedatangan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi dan anda ingin merasai suasana sambutan yang meriah seakan di Beijing, China -- anda boleh berkunjung ke dua buah kampung di Melaka yang digelar 'Little Beijing'!

Kampung yang dimaksudkan adalah Kampung Baru Machap Umboo dan Kampung Machap Baru.

Kedua-dua kampung tersebut menjadi perhatian pengunjung apabila dihiasi pelbagai lampu neon dan lebih 3,000 tanglung sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Jika berkunjung ke Kampung Baru Machap Umboo, anda akan mendapati selain kepelbagaian bentuk lampu hiasan dan tanglung merah berbentuk sfera -- terdapat juga hiasan tanglung segi empat tepat yang dipasang bersama lampu berwarna-warni di Jalan Lampu Langit sepanjang lebih 100 meter serta tanglung gergasi lebih lima meter berhampiran Dewan Besar Kampung Permai Machap Umboo.

Di Kampung Machap Baru pula, laluan di dalam kawasan penempatan itu dihiasi dengan tanglung selain terdapat ‘Meihua Walk’ yang menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar.

Semakin menghampiri Tahun Baharu Cina yang disambut pada 1 dan 2 Februari ini -- semakin banyak  perkongsian pengguna media sosial yang merakam gambar kenangan di kampung tersebut.

‘Little Beijing’ itu berpotensi menjadi antara ikon pelancongan Melaka dan beliau dimaklumkan tempahan inap desa di kedua-dua kampung berkenaan menjelang Tahun Baharu Cina telah penuh.

Sumber: BERNAMA, Melaka Hari Ini

Destination: