Jom Main Badminton Glow In The Dark!

March 03, 2022 - 03:04 PM


Rakyat Malaysia ni memang satu negara yang sangat sukakan sukan! Apatah lagi kalau kita cerita bab sukan Badminton ni kan. Sebut je Lee Chong Wei, dia punya rasa bangga tu lain macam! Memang minat yang cukup mendalam di kalangan rakyat Malaysia.

Jadi, kali ini apa kata korang cuba main Badminton versi futuristik! Main Badminton dalam gelap guys! Memang akan jadi lebih meriah sebab semua peralatan akan 'Glow In The Dark'! Raket, bulu tangkis, gelanggang eh semua la menyala dalam pelbagai warna!

Feeling dia macam main dekat atas kapal angkasa! Lokasi pun memang semua dah tahu dah kat mana, terletak di Suria KLCC! Apa salahnya sekali sekala cuba benda baru ya dak!

Korang boleh buat tempahan www.shuttleinthedark.com dan semua peralatan akan disediakan! Tinggal datang bawak diri je!

Harga: RM180 untuk satu jam (RM 45 untuk seorang)

Setelah membuat tempahan, korang akan diberi 4 raket, 1 set bulu tangkis, gelanggang ada aircond tau!

Alamat: Concourse Level, Petronas Twin Tower, Twin Towers Fitness Centre, 50088 Kuala Lumpur

Destination: