Jom Melancong Ke Tapak UNESCO Seluruh Dunia Secara Maya

April 23, 2021 - 06:18 PM


Dah lama tak dapat nak melancong kan? Tak perlu nak sebut tentang yang antarabangsa lah sebab nak rentas negeri pun tak boleh. Bagi penggemar seni warisan serta sejarah, mesti korang rindu nak melawat takpak-tapak Warisan Dunia UNESCO kan?

Tapi sekarang teknologi bukan calang-calang, korang boleh melawat pelbagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di seluruh dunia secara maya melalui platform Google. Google Arts & Culture menawarkan lebih daripada 2,000 kandungan daripada institusi terkemuka di seluruh dunia.

Baru-baru ini, platform enjin carian terbesar itu telah dikemaskini, dan sejumlah Tapak Warisan Dunia UNESCO telah dimasukkan ke dalam lawatan maya mereka. 

Antara destinasi yang mengagumkan yang korang boleh lawati secara maya adalah Taj Mahal, Canals of France, Colosseum, Gunung Kilimanjaro, dan juga Taman Negara Serengeti.

Jadi bagi korang yang dah lama nak terokai tapak-tapak Warisan UNESCO dari seluruh dunia, korang boleh mulakan pengembaraan korang di laman web Google Arts & Culture.

Sumber: Backpackerz