Jom Meriahkan Regatta Sarawak 2019 Pada 25 Okt-3 Nov Ini!

TARIKAN
October 24, 2019 - 02:46 PM


Siapa dekat sini yang suka menyaksikan perlumbaan perahu naga antarabangsa?

Kalau korang antara peminat sukan air ini, korang wajib pergi melihat sendiri kemeriahan Regatta Sarawak 2019 yang akan diadakan dari 25 hingga 27 Oktober ini.


Kredit: Mikhail Lu

Edisi yang masuk kali ketujuh penganjurannya ini dikatakan menerima penyertaan paling ramai iaitu 1300 pendayung daripada 47 pasukan yang berasal dari 13 buah negara.

Lebih mengujakan Regatta Sarawak kali ini turut mendapat perhatian peserta daripada Amerika Syarikat yang buat pertama kali menghantar 65 pendayung profesional mereka, sementara Brunei diwakili oleh 10 kumpulan untuk pertandingan kali ini.

Antara negara yang turut mengambil bahagian adalah China, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan, Hong Kong, Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Regatta Sarawak ternyata semakin mendapat tempat dalam kalangan peserta tempatan dan antarabangsa untuk memenangi 13 kategori yang dipertandingkan termasuk perlumbaan tradisional "perahu balok","perahu bidar" dan "perahu kenyalang".

Pada 25 Oktober ini, negara peserta akan mengadakan latihan di Sungai Sarawak.

Manakala pada 26 dan 27 Oktober pula adalah hari perlumbaan.

Selepas perlumbaan membabitkan peserta antarabangsa, acara membabitkan peserta tempatan pula akan berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 November ini.

Selain perlumbaan perahu naga, para pengunjung juga boleh mengunjungi Festival Waterfront Kuching yang akan diadakan dari 25 Oktober hingga 3 November.

Ia akan menampilkan festival kraf dan makanan, persembahan kebudayaan, karaoke dan konsert "Sound from Borneo".

P/S: Jadi tunggu apa lagi jom kita sama-sama turun ke Kuching, Sarawak bagi menyaksikan Regatta & Festival Waterfront yang confirm meriah, beb!

 

 

Destination: 
;