Kelantan Tawar 3 Pakej Lawatan Bersama Pemandu Pelancong, Hanya RM80! Tempah Sekarang Dapat Separuh Harga.

September 11, 2020 - 11:22 AM


Bagi korang yang teringin dan ada perancangan untuk Cuti-Cuti Malaysia ke negeri Kelantan -- ini ada 3 pakej lawatan berpandu yang menarik ditawarkan iaitu ‘Kelantan Sightseeing Tour’‘Kelantan Panaromic Tour’ dan ‘Kelantan Saturday Fun’!

Menerusi pakej-pakej pelancongan ini, korang akan berpeluang melawati setiap lokasi menarik dengan disertakan penceritaan yang penuh dengan informasi oleh pemandu pelancong yang dilantik khas Agensi  Pelancongan Malaysia (MATA).

Seramai 7 pemandu pelancong dilantik bagi memberi penerangan mengenai semua destinasi yang dilawati menerusi pakej tersebut.

Kesemua mereka yang dipilih daripada 21 pemandu pelancong berlesen di negeri itu adalah berdasarkan kepada pengetahuan yang luas mengenai lokasi, mahir dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris, selain fokus kepada bidang yang diceburi.

Pakej melancong terbaharu ke Negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga pastinya akan memberikan korang pengalaman yang lebih menyeronokkan yang tidak akan diperoleh jika melancong tanpa pemandu pelancong.

Malah bayaran yang dikenakan juga sangat berbaloi iaitu hanya RM80 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak berusia antara 4 hingga 11 tahun.

Tetapi yang lagi best, pakej terbaharu itu kalau korang tempah bermula semalam (10 September) hingga 31 Disember ini, korang bakal menerima promosi separuh harga untuk kedua-duanya.

Untuk mengetahui bagaimana cara bagi membeli pakej lawatan berpandu itu, satu majlis pelancaran rasmi bakal diadakan pada 15 September ini.

Sumber: BERNAMA

Destination: