Kenali ‘Blue Flag’ – Label Diiktiraf Dunia Diberikan Pada Pantai Lestari

March 03, 2020 - 03:26 PM


Program Blue Flag atau disebut sebagai Blue Flag merupakan sebuah label bercirikan eko yang terkenal dan dipercayai seluruh dunia. Program ini adalah sebuah program yang memberi pengiktirafan kepada pantai, pangkalan kapal persiar, dan pengengali kapal yang mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Program ini beroperasi dibawah naugan Yayasan Pendidikan Alam Sekitar yang beribu pejabat di Copenhagen, Denmark dan misi utama mereka ialah menghubungkan orang ramai atau penduduk setempat dengan persekitaran mereka serta menggalakkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang persekitaran mereka.

Untuk mendapatkan ‘Blue Flag’ yang merupakan anugerah berprestij ini, ada beberapa kriteria penting yang perlu ditepati dan ianya melibatkan hubungan antara alam sekitar, pendidikan, ciri keselamatan serta perkara berkaitan dengan akses ke kawasan tersebut.

Tanggungjawab pemegang status blug flag adalah :

  • Mempunyai kawasan atau pusat penerangan bagi menyalurkan informasi serta mengalakkan penduduk atau orang ramai di sekitar itu mempelajari tentang persekitaran mereka
  • Memberikan penerangan tentang program blue flag dan memastikan pengunjung mempunyai akses dengan kemudahan kawasan serta boleh memperlajari tentang flora dan fauna setempat yang terancam.
  • Memenuhi dan memastikan segala syarat dipenuhi dan diselenggarakan dengan baik.
  • Memastikan komuniti setempat mengambil bahagian dalam menguruskan serta memastikan kawasan mereka sentiasa menepati standard yang ditetapkan oleh pihak Blue Flag.
  • Pengendali dan pemilik tempat yang telah mendapat status blue flag ini perlu memastikan keselamatan pengunjung serta kakitangan mereka sentiasa dalam kawalan.

Sungguhpun mempunyai standard yang tinggi dan ketat, ia hanya dijamin ketika musim blue flag yang berlainan pada setiap lokasi dan negara yang paling banyak mempunyai kawasan yang diiktiraf ialah Sepanyol (669), Perancis (499), Greece (498), Turki (474) dan Itali (457).

Menurut statistik terkumpul sehingga Julai 2019, hanya ada UAE (13), Jordan (5), Jepun (4) dan Korea Selatan (1) sebagai wakil dari rantau Asia yang mempunyai kawasan bersatus blue flag.

Sinji Myeongsasimri Beach ( 5 Julai sehingga 31 Ogos) , Suma Beach (12 Julai – 31 Ogos) merupakan contoh pantai yang ada mendapat status Blue Flag. Senarai penuh boleh dilihati di sini.