Kenapa Indonesia Pilih 'Nusantara' Sebagai Ibu Negara Baharu Mereka? Ini Sebabnya...
Beberapa hari lepas, Indonesia mengumumkan ibu negara baharu mereka dinamakan sebagai Nusantara.
Bagi tujuan itu -- Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional (PPN) memaklumkan proses pemindahan ibu negara baharu iaitu dari Jakarta ke Kalimantan Timur akan dilakukan secara bertahap.
Perkara itu disampaikan oleh Menterinya, Suharso Monoarfa ketika membahaskan isu berhubung pemindahan tersebut di Parlimen.
“Proses pemindahan ini tidak boleh dilakukan seperti guna ‘lampu Aladdin’ (sekelip mata), tetapi perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut visi panjang Indonesia 2045,” katanya.
Selain itu, Suharso menjelaskan -- Nusantara merupakan langkah Indonesia dalam membangunkan peradaban baharu yang lebih transformasi, mencerminkan keperibadian rakyat negara ini dan mampu bersaing secara global.
Nama Nusantara itu juga bersesuaian dengan geografi dan kepelbagaian budaya yang dimiliki Indonesia.
“Nusantara adalah konsep penyatuan yang mendukung kepelbagaian Indonesia dan perpaduan itu menjadi modal sosial untuk pembangunan rakyat, sekali gus menjadikan negara lebih maju,” ujarnya.
Alasan pemilihan nama Nusantara ini juga adalah kerana ia sudah dikenali dan begitu dekat dengan masyarakat.
"Alasannya adalah Nusantara sudah dikenal sejak dulu, dan ikonik di internasional, mudah dan menggambarkan kenusantaraan kita semua, Republik Indonesia dan saya kira kita semua setuju dengan istilah Nusantara itu," katanya.
Menurut Suharso, terdapat sebanyak 80 calon nama ibu negara baharu yang diusulkan kepada Jokowi dan pemilihan nama Nusantara itu dibuat selepas merujuk pelbagai pakar bahasa serta sejarah.
Sumber: Utusan