'Kinta Riverwalk' : Tarikan Baharu Ipoh Dibuka Awal 2022

December 24, 2021 - 06:41 PM


Awal tahun depan 2022 -- Bandar Raya Ipoh bakal menawarkan satu lagi tarikan pelancongan baharu kepada pengunjung iaitu ‘Kinta Riverwalk’.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin@Md Daud berkata pra-pembukaan lokasi berkenaan akan berlangsung mulai 31 Disember ini, bersempena dengan Sambutan Tahun Baru 2022.

Katanya, kerja-kerja menaiktaraf Kinta Riverwalk telah berjalan daripada 2 September tahun lalu sehingga 1 November tahun ini dengan kos RM3 juta.

Antara keunikan yang terdapat di sini adalah :-

- 3 buah jambatan ikonik yang mana dua daripadanya berkonsepkan ‘Glow In The Dark’.

- Ikon perniagaan yang berkonsepkan ‘Hipster’, Warisan dan Kesihatan atau 3H.

Sementara itu, katanya terdapat lapan daripada 16 premis perniagaan dijangka akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam sempena Tahun Baru 2022.

Antaranya -- MIKER, Restoran Mat Periuk, Restoran Kitchen Arang Batu, Hadramout, Ipoh Barber & Comber dan Skill of Art.

Selain menikmati juadah makanan, pengunjung juga berpeluang untuk beriadah dan mendapatkan koleksi kraftangan berkonsepkan kayu gaharu pada masa akan datang.

Sumber: Suara Perak

Destination: