Klong Ong Ang Yang Dulunya Kotor Dan Busuk, Kini Diserbu Pengunjung

TARIKAN
April 09, 2021 - 03:42 PM


Terusan Ong Ang, ataupun di Bangkok dipanggil sebagai Klong Ong Ang dulu merupakan sebuah sungai yang menjadi tempat membuang sisa kumbahan daripada rumah-rumah di sekitarnya menjadikan sungai tersebut sangat kotor dan berbau. Selain itu, kawasan sekitarnya turut dikenali dengan kadar jenayah yang tinggi, terutama sekali penyeluk saku yang mengambil peluang ketika pasar malam dibuka. 

Namun, sungai yang dulunya dikenali sebagai Saphan Lek di Phra Nakhon, Bangkok diberikan kerja pengubahsuaian yang hasilnya telah mendapat pujian dari ramai orang dan sungai itu kini diserbu pengunjung. Projek yang dilakukan kerajaan Thailand itu turut diberikan pengiktirafan United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat_ Asian Townscape. 

Klong Ong Ang yang kini jernih dan dipenuhi dengan ikan-ikan menjadi tumpuan pelancong domestik dan kebanyakan pelancong asing pun dah masukkan sungai tersebut di dalam travel list dorang untuk dikunjungi bila Thailand membuka sempadan semula. 

Bagi mengatasi masalah jenayah di sekitar kawasan sungai itu, pihak berkuasa tempatan kini menghalang penggunaan kanvas dan payung untuk memudahkan pengesanan penjenayah. 

Selain itu, pihak berkuasa Bangkok juga kini dalam perancangan untuk menaik taraf terusan lain di kota itu termasuk Klong Chong Nonsi sepanjang 4.5 kilometer di sepanjang Jalan Narthiwat Ratchanakarin.

Sumber: mStar

Destination: 
Artikel berkaitan