Kolam Renang Lutsinar Pertama Di Dunia Dibuka Ditengah-Tengah 2 Menara

June 09, 2021 - 04:38 PM


Sekarang ni memang dah menjadi trend yang kebanyakan residensi ataupun hotel-hotel untuk membina kolam renang infiniti, iaitu kolam renang berdinding kaca yang memberikan ilusi kolam renang tersebut tiada penghujung. Infinity pool kini juga menjadi salah satu faktor tarikan yang hangat. 

Tapi, dah biasa kan dengar tentang kolam infiniti, korang pernah dengar tak kolam lutsinar? Haa, kolam yang bukan sahaja dindingnya kaca, setiap sudut bahagian yang memegang air di dalam kolam tersebut adalah kaca. 

Dibuka di Embassy Gardens, London adalah kolam renang lutsinar pertama di dunia, dan paling gempak sekali, kolam tersebut 'tergantung' diantara dua buah menara, jadi bila korang berenang di dalam, korang akan rasa macam korang terapung di udara!

Kolam renang tersebut terletak 115 kaki di udara diantara 2 menara residensi Embassy Gardens. Menurut pereka kolam renang tersebut, kolam tersebut dibina dengan ilham memberikan ketenangan berada terapung di tengah-tengah bandar London. 

Tapi kolam ini hanya eksklusif untuk kegunaan residen Embassy Gardens dan tetamu mereka. 

Destination: