Labuan Bakal Miliki Ikonik Baharu Iaitu 'Taman Rukun Negara'

September 07, 2020 - 05:00 PM


Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara -- sebuah 'Taman Rukun Negara' bakal diwujudkan di Wilayah Persekutuan Labuan dalam masa terdekat.

Labuan dipilih sebagai lokasi pembinaan taman awam itu kerana kedudukannya yang strategik berhampiran dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak.

Taman awam yang didedikasikan menjadi mercu peringatan kepada generasi akan datang seperti itu mempunyai 'roh' dan makna tertentu serta ia bukanlah hanya sekadar taman biasa.

Kewujudan taman itu juga diharap membantu memperluaskan lagi penghayatan kepada amalan Rukun Negara itu sendiri, terutama kepada golongan anak-anak muda.

Pembangunan taman awam itu bakal dilaksanakan dengan penyertaan serta sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk orang perseorangan dan akan dibincangkan bersama Perbadanan Labuan. 

Selain menjemput pakar daripada Jabatan Landskap Negara dan perunding swasta, individu-individu tertentu yang ingin menyumbang seperti bahan artifak untuk pembangunan taman tersebut juga telah dihubungi untuk kerjasama.

Tak sabar nak tengok adakah Taman Rukun Negara ini akan jadi secantik dan seikonik Taman Damai Labuan atau Peace Park yang terkenal dengan binaan seakan-akan bentuk matahari separuh sebagai tanda maaf daripada Jepun kepada rakyat Labuan. Sama-sama kita nantikan....

Sumber: Bernama

Destination: