Lagi 3 Port Memancing Terbaik Di Selangor Pada Tahun 2021

February 09, 2021 - 11:16 AM


Kalau korang nak mencari satu aktiviti terbaik yang jauh dari orang ramai, korang bolehlah buat aktiviti memancing. Terdapat beberapa lokasi menarik dan port-port yang terkenal di sekitar KL & Selangor yang korang boleh pergi. Tapi ada juga lokasi yang tutup buat sementara waktu bila tengah dalam PKP ni, korang boleh tengok senarai penuh di bawah: 

 

1) Prima Fishing

Lokasi terbaik untuk spend beberapa jam memancing di atas air. Korang juga akan ditemani oleh guide yang akan membawa korang ke hot spot terbaik untuk memastikan korang dapat ikan yang diingini. Boleh juga nak memancing di darat, tapi agak rugi la tak dapat lokasi terbaik nanti. 

Spesis Ikan: Toman, Peacock Bass

Harga: RM100 - RM200 (Bergantung pada pakej)

Alamat: Jalan Tpt 1, Taman Puchong Tekali, 47150 Puchong, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: 7 pagi hingga 7 malam, setiap hari

Facebook

 

2) Fishing Buddies

Kalau korang beginner, bolehlah datang ke sini untuk dapatkan pakej RM100 yang memberi jaminan 5 strike dalam masa satu jam atau korang akan dapat full refund! Lokasi ni memang sesuai untuk practice pancing ikan seberat 8kg. Boleh juga bayar RM50 untuk practice pikat ikan. 

Spesis Ikan: Siakap Merah, Kerapu, Gerepoh

Harga: RM50 / RM100 - Jaminan 5 strike dalam masa 1 jam

Alamat: Lot 5720, Kolam Udang Selepas JPS, Bagan Lalang, 43950 Sepang, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam. Khamis hingga Selasa. Rabu cuti

Facebook | Instagram

 

3) LS Fishing Pond

Lokasi terkenal untuk cuba pancing Kerapu Gergasi di sini. Dengar cerita ada ikan seberat 100kg dalam kolam pancing ni tau. Tapi, kalau tak dapat tangkap pun, ada banyak lagi ikan lain bersaiz besar di sini. Memang seronok untuk korang yang dah tahu selok belok memancing.

Spesis Ikan: Kerapu Gergasi, Kerapu Pertang, Senaning, Siakap Merah, Gerepoh, Siakap

Harga: Rm20 - RM100 (bergantung pada kolam)

Alamat: Lot 2148, Jalan Bandar Lama, 42500 Kuala Langat, Telok Panglima, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: 8 pagi hingga 11 malam. Setiap hari. 

Facebook

 

Jom Pergi Memancing!

Jadi itulah dia 3 port memancing yang agak terkenal di area Selangor yang korang boleh pergi. Kalau tengok gambar-gambar di atas, memang 3 port ni kawasan terbaik untuk tangkap ikan besar-besar. Yang baru nak belajar memancing pun boleh pergi ke port di atas. Tapi jangan lupa untuk jaga SOP bila di lokasi tersebut okay? Have fun!

Destination: