Lokasi Paling Seram Di Asia, Muzium Perang Penang!

January 21, 2022 - 03:56 PM


Lokasi kali ini, memang menarik untuk korang yang nakkan satu pengalaman lain dari yang lain. Mencari satu lokasi yang mampu buat buku roma korang berdiri bila-bila masa saja! Lokasi tersebut adalah Muzium Perang Penang di Bukit Batu Maung.

Muzium perang seluas 20 ekar ini disebut-sebut sebagai salah satu tempat paling berhantu di Asia. Muzium ini adalah bekas tapak kubu British pada waktu perang Dunia ke-2.

Dibina pada tahun 1930an, kubu ini kemudiannya ditukar menjadi penjara dan kem menyeksa askar Melayu, Sikh dan British yang ditawan oleh tentera Jepun. Oleh kerana orang tempatan tidak berani menjejakkan kaki ke sini, ia akhirnya terbiar dan diselubungi hutan selama lebih 50 tahun.

Hari ini, kubu tua ini telah dipulihkan semula sebagai muzium dan simpanan sejarah untuk tatapan kita yang bertuah tidak melalui zaman perang. Anda akan dapat melihat kesan tinggalan seperti berek askar, tempat memasak, tempat menyimpan senjata dan peluru sehinggalah ke terowong bawah tanah dan sisa kubu perang yang masih tinggal.

Direka oleh jurutera di-Raja British dan dibina oleh banduan dari India yang sedang menunggu hukuman mati, muzium ini pernah menjadi saksi hukuman pancung tentera Jepun di dalam kawasan kubu.
Dikatakan sewaktu kubu ini diteroka untuk dijadikan muzium, ada kubur-kubur yang dijumpai dan proses menghalau roh-roh di sini terpaksa di buat sebelum ia dibuka kepada awam.

Amacam? Ada berani tak? Yang lemah semangat tu kena fikir-fikirkan dulu okay. Apa-apa pun, enjoy je kalau korang datang sini! Banyak pengajaran dan ilmu yang korang boleh dapat!

Destination: