Lorong Seni Seremban:Port Bergambar Cantik Kalau Ke Negeri Sembilan
Selain destinasi pelancongan di Port Dickson, pengunjung kini boleh menikmati satu lagi tarikan terbaharu di Negeri Sembilan iaitu "Lorong Seni Seremban".
Berkonsepkan 'Returning The Street To The Public' -- Lorong Seni Seremban sepanjang kira-kira 250 meter bermula di Jalan Dato Sheikh Ahmad sehingga 'Benteng Walk' itu dihiasi lebih 30 corak lukisan mural menarik dan kreatif!
Suasananya pasti membuatkan pelancong teruja apabila menyusuri lorong serta bangunan-bangunan lama sekitar bandar Seremban.
Bagi pengunjung yang ingin menikmati pemandangan dan gemar berfotografi, Lorong Seni Seremban adalah tempat yang harus dikunjungi bagi merakam gambar kenangan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Datuk Masri Razali berkata lukisan mural itu berkonsepkan pelbagai genre, grafiti, coret, avant-garde, poster dan lukisan warisan oleh 6 pelukis tempatan.
Projek melukis mural berkenaan bermula pada 20 Ogos lepas dan dijangka siap pada 26 November ini.
Selain kerja-kerja mengecat mural -- pendawaian lampu jalan dan lampu hiasan, menaik taraf tandas awam di bazar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) juga turut dilakukan untuk kemudahan pengunjung.
Menariknya, pihak MBS juga akan membuat permohonan kepada 'Malaysia Books Of Records' untuk menyenaraikan projek itu sebagai Lorong Seni Terpanjang Di Malaysia.
Sumber: BERNAMA