Mahukan Momen Romantik? Spot Lihat Sunset Di Bukit Antarabangsa!

January 20, 2022 - 12:37 PM


Siapa je tak suka menikmati keindahan fenomena alam semulajadi contohnya matahai terbit atau terbenam kan? Lagi best kalau berkongsi momen istimewa tersebut bersama insan tersayang.

Baru-baru ini, viral di TikTok beberapa video yang memaparkan ‘spot’ melihat matahari terbenam dengan bandaraya Kuala Lumpur. Menerusi video tersebut, dapat dilihat ramai orang ke sana untuk menyaksikan keindahan suasana matahari terbenam dengan ‘view’ yang cukup indah!

@umokaaaay

sunset here is 10/10, would recommend!

♬ girl hell no. - Makayla

Untuk pengetahuan korang, lokasi lihat matahari terbenam tersebut terletak di Taman Bukit Utama Hillside, Bukit Antarabangsa. Video-video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kagum melihat keindahan suasana matahari terbenam di sana.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa tidak sabar mahu berkunjung ke sana untuk melihat matahari terbenam. Malah, ada juga yang menzahirkan kebimbangan tempat tersebut akan ditutup apabila ramai orang ‘serbu’ ke sana seperti apa yang terjadi di tempat tinjauan kapal terbang di KLIA2.

Sumber: Vocket, Anissyfqh__ (Tiktok)

Destination: