Mai Tengok Awan Karpet Di Wang Kelian, Perlis

TARIKAN
March 15, 2021 - 05:24 PM


Memandangkan Perlis kini negeri yang berstatus PKPP, korang yang turut berada di dalam negeri PKPP dah boleh rancang pelancongan ke Perlis dan datang tengok fenomena awan karpet dekat sini. 

Selalunya pelancong hanya menjadikan Perlis sebagai negeri transit untuk mereka ke Pulau Langkawi atau Thailand tapi sekarang korang kena berhenti lama sedikit di Perlis untuk melihat fenomena yang sangat cantik ini. 

Fenomena awan karpet ini boleh dilihat pada waktu pagi dari View Point Wang Kelian yang terletak di ketinggian 303 meter dari aras laut. Lokasi View Point Wang Kelian ini terletak 30 minit dari Kangar, dan 20 minit dari Padang Besar. 

 

Selain daripada pelancong, mereka yang bersenam seperti berbasikal, ataupun jogging turut pergi ke View Point tersebut untuk melihat gumpalan awan yang terbentang luas macam karpet yang mengelilingi dua puncak Bukit Chabang. 

Gumpalan corak awan terbentang juga dapat dilihat sehingga Empangan Timah Tasoh yang terletak 16.2 kilometer dari kawasan itu.

Antara faktor pembentukan awan karpet disini adalah kerana langit negeri Perlis tidak dicucuk pencakar langit yang mengurangkan pencemaran udara, memudahkan pembentukan awan karpet. 

 

Kalau korang nak datang ke negeri Perlis untuk melihat awan karpet ini, korang boleh ke lokasi-lokasi yang menarik di Perlis ini:

Muzium Kota Kayang, Hutan Lipur Bukit Kubu, Kampung Pulau Ketam, Trek Kurong Tengar, Masjid Terapung al-Hussein Kuala Perlis, Warung Tepi Sawah, Tasik Melati, dan Empangan Timah Tasoh.

Sumber: Berita Harian

Kredit gambar: Instagram vedderved

Destination: 
Artikel berkaitan